Queer & Neurodivergent Caffeine Addict

aku mahu makan

engkau inginkan kemewahan
sedangkan aku hanya mahu membeli makanan
selepas membanting tulang, berkerja seharian
dengan gaji lapan ringgit satu jam
cukupkah wang itu untuk membeli makanan yang ku idam
badan susut tidak terjaga
tiap bulan tanggungjawab dan bil bertimpa-timpa
kapitalis untung, aku kerugian
tapi hidup harus diteruskan
patutkah ini dipanggil hidup, setiap bulan gaji tidak cukup
engkau bising di sosial media, tak dapat nak beli barang mewah harga berjuta
aku hanya mahu mengalas perutku, mengemudi hidup yang tiada arah tuju